Inkarserasi Mentaliti : Hang Tak Cukup Umur, Duk Diam!.

Assalamualaikum,

First of all, sebelum anda membaca sampai ke bawah, izinkan aku menyusun jari-jemari memohon keampunan sekiranya ada penulisan aku ini bertentangan dengan pemahaman, pemikiran, pandangan dan pegangan kalian. Perkataan demi perkataan yang anda akan baca sebentar lagi tidak lain dan tidak bukan hanyalah buah fikiran dari benak otak yang dhaif ini.

Inkarserasi, dari perkataan asal incarceration yang membawa maksud pemenjaraan/pengekangan/pengurungan. Manakala mentaliti, pemikiran. Jelas di sini anda faham apa itu yang dimaksudkan 'Inkarserasi Mentaliti'

Memandangkan sekarang merupakan musim Pilihanraya Umum ke-13, Malaysia hari ini kelihatan amat sibuk membincangkan isu-isu yang berkaitan. Kita tolak ke tepi sebentar perihal berkenaan dengan fitnah, tomahan, politik lucah dan sebagainya. Saya tidak mahu membawa kekotoran berkenaan di dalam blog aku ni.

Aku, salah seorang yang tidak terlepas dalam membincangkan isu-isu berkaitan dengan politik tempatan. Malangnya, ada kata-kata yang tercampak ke telinga aku, mengatakan bahawa aku hanyalah seorang remaja yang tidak cukup umur untuk mencampuri perihal negara, politik, berkempen dan sebagainya.

Kadang-kadang, aku membiarkan kata-kata berkenaan tanpa membalas. Nak ku hentam juga hujah-hujah sebegini, malangnya ianya datang dari golongan yang lebih tua dari saya. Ada diantara mereka, lebih layak menerima hormat setinggi-tingginya. Diam, kelu seribu bahasa. Pendam 1001 tujahan si anak panah.

Ramai yang masih berpegang pada pegangan bahawa kena cukup umur 21 tahun, baru dapat bercakap perihal politik. Seriously?. Seperti yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihanraya SPR, meletakkan syarat usia 21 tahun untuk mengundi. Meh aku highlight sikit, MENGUNDI.

Anda reti beza antara itik dengan ayam, kalau tidak mampu membezakan antara mengundi dengan mengambil tahu tentang politik, sila jadi ayam. Woha!.

Dengan logik akal kita mampu menafikan bahawa seseorang itu tidak akan terlibat dalam politik secara tiba-tiba pabila mereka mencecah usia 21. Rentetan masa mendidik mereka. Membuka minda, memperlihatkan apa yang terbentang di hadapan mata. Aku menjadi saksi kepada pembangunan negara ini dari segi luaran dan dalaman. Aku menyaksikan pembangunan tanpa roh sudah sekian lama. Aku menyaksikan hidangan kepada anak-anak muda bahan-bahan yang melalaikan sudah sekian lama. Jiwa aku membentak pabila disuapkan dengan hidangan-hidangan yang tidak sepatutnya. Adakah semua ini anda akan lihat pabila anda mencecah usia 21?. Tidak!.

Aku rakyat Malaysia. Aku hidup di Malaysia berdasarkan corak yang dibentuk oleh pemimpin negara. Aku berhak untuk mempersoalkan hak aku memandangkan aku hidup dalam negara. Anda tidak berhak sama sekali untuk menghalau aku dari negara ini seandainya aku tidak gemar dengan corak kepemimpinan negara. Ini negara rakyat, bukan negara milik parti pemerintah. Kalau hang tak nak menyebok pasal politik, hang duk diam tanpa bicara. Seandainya ada sebarang sumbang berlaku dalam negara, mohon jangan memberontak. Anda memilih untuk diam, oleh itu diam!. Politik merupakan hak setiap marhaen yang menetap disesuatu daerah. Selagi dia mampu membicarakan soal-soal yang dia berasa ingin bercakap, lontarkan. Jangan ada kekangan dan sekatan terhadap kebebasan bersuara.

Ayuh, kita robohkan penjara pemikiran. Seandainya ada yang cuba menghalang, kita tikam dengan hujah.

No comments:

Post a Comment