Kehadapan aku di masa hadapan,
Ketahuilah bahawa dirimu pada masa lampau, saat ini, sedang mengalami
Tekanan.
Serangan.
Bebanan.
Dan angan-angan.
Ketahuilah bahawa dirimu yang lampau itu, sedang cuba berusaha untuk membina diri kamu.
Ketahuilah,
Di saat ini aku masih lagi sesat
Di bumi yang pesat
Dengan keringat
Letih bertongkat
Melangkah dengan hemat
Agar kelak terselamat.
Ketahuilah,
Kiranya saat kamu menitip pada Yang Kuasa
Kamu tiada daya
Tinggal hanya usaha
Yang dikerah saat dirimu lara
Demi menjadi dewasa
Teraba-raba pada usia.
Bukan rangkap puisi untuk disingkap saat dirimu menjadi jagoan
Bukan juga rangkap puisi untuk dipertaruhkan
Hanya sekadar leraian perkataan ditebarkan
Berdasarkan apa yang terlintas dalam fikiran
Di saat aku tertekan
Sesat dalam kesesakkan
Mencari jalan ke hadapan.
Sekiranya dirimu pada masa hadapan mampu membaca tulisan ini
Percayalah
Kamu tidak lagi sesat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment