Kalau aku mati,
Jangan buat majlis tahlil,
Kesian keluarga aku,
Sudahlah kehilangan aku,
Dibeban pula untuk bagi makan kamu,
Ringankan kerja mereka.
Jangan juga menceritakan buruk tentang hal aku,
Simpanlah dalam ingatan mu,
Bencilah aku dalam diri kamu,
Kerana itu menjadi pilihanmu.
Jangan lupa ceritakan kebaikan aku,
Pada saat ini aku dah tak batak perhatian
Kalau masih ada insan yang ada rasa sayang,
Mungkin dapat menggembirakan hati mereka,
Tulislah apa mahumu di Facebook aku,
Wall itu sentiasa terbuka untuk ditulis oleh sesiapa.
Maafkan kesilapan aku,
Musuh dari politik,
Musuh dari permainan video,
Musuh dari bekas housemate,
Musuh dari bekas roomate,
Musuh dari bekas insan yang bertandang di dalam hati ini,
Musuh dari sekolah,
Musuh dari laman internet,
Dan Musuh dari mana engkau datang,
Aku tidak sengaja menyakiti hatimu,
Silap aku juga kerana tidak peduli.
Kiranya ada hutang,
Nyatakanlah pada ahli keluarga aku,
Kalau pada waktu itu tiada wang simpanan aku untuk perihal ini,
Berlapanglah dada untuk menghalalkannya,
Agar kelak bebas aku sebagai roh di sana.
Banyak cita-cita aku yang belum terlaksana,
Namun apakan daya,
Kita akan pergi bila-bila masa,
Kita akan pergi dalam waktu tanggungjawab tak selesai,
Tinggalkan segala-galanya hanya amal.
Terima kasih kepada insan yang sudi menjadi sahabat
Kiranya disenaraikan,
Tidak terbilang.
Aku cuba siapa yang aku ingat.
Kerana kamu tahu, ingatanku tidaklah kuat.
Terima kasih Badri
Terima kasih Raja
Terima kasih Syamsuri
Terima kasih Mat Ashraf Azmi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment