Re : Surat Cinta Buat Sang Pendamba Cintaku

Entri ini ditulis pada tahun 2012, selama hari ni dia berstatus draft. Hari ni, aku publish balik. Aku tak edit, tak sentuh apa pun bahagian bawah ni. Originality tu kekal. Sama ada cerita siap ditulis atau tidak, Allahu'alam. Aku tak baca. Tak sanggup nak baca. HAHAHA!
Aku menjatuhkan pen hitam aku setelah selesai menyiapkan esaimen yang diberi yang banyak bagai nak gila yang diberi oleh lecturer aku yang superawesome dan yang baik tu (ok sekarang cuba kira berapa banyak perkataan 'yang' yang ada dalam ayat ini). Lalu merebahkan badan yang separuh lesu ke katil yang hampir seiras dengan kandang kambing dalam keadaan yang sungguh lemah. Lalu aku mencapai handphone yang tergantung (orang gila mana gantung handphone kecuali aku?) di penjuru katil dengan penuh harapan agar ada yang menghantar sms untuk dibalas.

"1 New Messsage"

"Tahniah! Anda buat 1 pggln semalam & bla2" - Kolony

"Bull Seat betul.. tiap-tiap hari msg dari kekasih setia aku ni" dengan bangang aku berkata..

Lalu meletakkan handphone di sebelah kanan kepala aku dan kembali merenung kearah langit walaupun tak nampak langit. Sambil termenung pada arah yang tak ada arah, aku tersenyum sendirian (macam orang gila) apabila terkenang akan entri yang aku tulis untuk bakal isteri aku. Entah siapa, aku pun tak tahu. Entah-entah takde orang pun nak bace. Mindaku kembali kosong dan mata yang separa tertutup menggambarkan yang aku tengah mengantuk. Lalu terpejamlah ia.

********

*panggggggggggggg* "yakkkkkkkkkkkk!! adoiii..." aku menjerit kesakitan apabila terasa tiba-tiba kene tampor dengan periuk.

"Hoihhh, bangunlah. pemalas!" suara seorang wanita kedengaran melalui cuping telingaku.

"Waterpark! Who the heaven are you?!" dalam keadaan mamai bertanya pada si gadis yang melempang aku.

"Tak yah nak cakap English sangat la weh. Getik saya dengar.. Saya isteri awak lah! saya datang dari masa depan" dia membalas dalam nada bersahaja. Dengan keadaan bingung aku mendegar statement bengong yang buat aku semakin bingung, terasa seperti dialam fantasi macam cerita-cerita sinetron Indonesia yang memaksa aku tengok di petang hari di TV3. "Macam mane awak masuk dalam bilik saya ni?. Ape awak nak buat ni?!" Lalu aku menarik selimut menutupi jasadku. Lalu terlintas di otak geligaku "eh, apsal aku cover?. Mane ade perempuan rogol lelaki. Cerdik betul la aku ni". Lalu..

*pangggggggggggggg!!*

"fffffffffffuuuuuuuuuuuuuuu..... Apesal ni?!"

"Cuba awak bukak mate tengok keadaan sekeliling. Awak ada kat mane ni?."

Aku memaksa mata aku buka seluas-luas yang mungkin. Apabila diri ini perasan yang aku bukan lagi berada di dalam bilik aku, lalu aku bertanya "Macam mana awak culik saya?. Aneh, pintu rumah saya berkunci segala"..

*pangggggggggggggg!!*

"ffffffffffuuuuuuuuuuuuuuuuu..... "

"Awak berada didalam mimpi lah!. Awak perasan tak bila awak sampai kat sini?"

"Tak tahu" aku menjawab

"Awak tahu dimana mulanya mimpi ini?"

"Tak tahu... " aku menjawab lagi

"Inilah dunia mimpi. awak boleh cipta dunia awak sendiri based on your imagination. Banyak konsep-konsep yang melibatkan mimpi yang perlu saya terangkan pada awak, tapi bukan itu saya nak cerita. Yang penting, jangan bayangkan untuk mencipta sesuatu yang berada di alam awak, iaitu alam nyata untuk mewujudkan ia di alam mimpi kecuali details seperti lampu, jalan, tiang, dan lain-lain..."

Tiba-tiba, aku terpandang kelibat seorang wanita yang iras Heliza Helmi..

*pangggggggggggggggg!!!*

"What the function la awak ni!! Apsal awak ketuk saya lg?!" aku menjerit

"Saya cemburu la! Tembak kang!"..

Lalu bertanya dalam keadaan bangang "sebenarnya apa tujuan awak masuk dalam mimpi saya ni? dan bagaimana pula saya dapat rasa kesakitan ni?. Tak logik betul."

"Eihh.. suka hati saya la. saya dah setting baik punya mimpi ni nak buli awak. Sebenarnya saya datang ni nak nasihat awak, untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Awak tahu tak yang life awak sekarang ni totally nothing?!"

No comments:

Post a Comment