Jadi ekstrem selepas kenal agama

Aku tak tahu sama ada penyakit ni hanya terjadi pada aku dan beberapa kawan aku, atau orang lain pun turut terkena tempias yang sama. Lama dah tak menulis, berkongsi pandangan atau cerita kepada sahabat-sahabat ahba neh. *wink*
Ekstrem tak? Hehehe


Aku kira, dahulu aku seorang remaja yang biasa. Sebelum amek port pasal agama, hanya manusia picisan yang bisa ditemui di mana-mana. Well, sekarang pun masih sama. Waktu tu aku form 4, wallahi aku tak tahu kenapa Ustaz sekolah aku hantar aku, dan dua orang member aku (Badri dan Hakimi) untuk mewakili SMK Kok Lanas dalam Kursus Rakan Masjid Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2009.

Kursus 3 hari 2 malam tu buat aku bangkit dari lamunan tidur yang lena. Selama hari ni aku banyak 'missed' dengan hakikat yang sedang berlaku. Bukan nak kata jahil tak kenal agama langsung, aku rasa ramai di antara kita sewaktu kanak-kanak belajaq baca al-Quran, pi surau apa semua tu. Plus, yang handle kursus sewaktu itu geng-geng tabligh. Hari pertama, aku dah rasa nak cau. Tak boleh der panas. Aku cuba bagi alasan "Ustaz, saya nak balik. Demam.". Tapi tak makan saman Ustaz tu, dia tahu aku 'kencing'. Hancing kot. So, mission failed.

Aku ringkaskan cerita, sebab mungkin aku boleh cerita apa yang berlaku sepanjang 3 hari 2 malam itu pada entri yang lain. Balik dari kursus, aku rasa macam..

"Waaa, alim siak aku. Apahal orang sekeliling ni buat maksiat neh.."

Serious talk, tak tipu. Itu ulangtayang, lakon balik monolog dalaman aku waktu tu.

Dekat FB, jangan cakap. Post orang tak pakai tudung, aku kecam. Member isap rokok, aku kutuk. Der, 'malaikat' tengah sembang ni. 404 Dosa Not Found.

Pernah aku kondem gambar mak member aku, aku ingat lagi perkataan yang aku sembur.

"Makcik, kenapa upload gambar tak pakai tudung ni. Nanti masuk dalam neraka. Rambut kena bakar sampai ke kepala. Otak menggelegak. Cair keluar dari mata dan hidung"

Perghhhh!

Extreme siot.

Sampai la satu tahap, aku kena boikot.

Member sama sekolah boikot.
Budak perempuat boikot.
'Makcik' tu pun boikot aku sampai pesan kat anak dia jgn kawan dgn aku.
Orang-orang yang aku pernah nasihat, lagi la.
Tiap kali aku jadi faci atau handle kursus/program, kena kutuk.

Ianya makan masa bertahun untuk aku sedar yang cara aku, langsung tidak mengubah apa-apa. Hanya sekadar buat orang benci kepada cara aku, waktu itu. Secara tak sengaja, mereka turut benci aku.

Beberapa tahun lepas tu, aku nampak kawan aku jadi extreme macam aku sebelum ni. Waktu tu, dia agak baru dengan agama, juga macam aku dulu. Dia juga menceritakan pengalaman yang dia lalu, sama macam aku.

Ada sebab kenapa dakwah cara Nabi Muhammad itu penuh hikmah, sebab baginda faham fungsi hati manusia. Walau gelap macam mana pun, ianya hanya perlu disentuh. Kerna sifat hati itu adalah lembut, bukanlah keras seperti batu, seperti yang digembar-gemburkan oleh 'pendakwah noob' hari ini.

Berhikmahlah. Cara Nabi berdakwah valid dari zaman Baginda sehingga kiamat kelak. Siapa kita untuk berkata "Zaman Nabi lain, sebab tu Nabi boleh berhikmah dalam berdakwah.", sedangkan kita pada hari ini, belum lagi kena baling dengan najis unta sewaktu kita cuba menyampaikan dakwah. Paling tidak pun, lari bertempiaran sewaktu geng tabligh ketuk pintu.

So, apa kata otai? Adakah aku sorang je rasa macam ni atau memang 'standard' orang yang baru kenal agama, jadi ekstrem? Aku tak tahu. Aku noob.

p/s : Maaf, post ini bersifat pengajaran dalam bentuk perkongsian. Tujuan lain penceritaan ini hanyalah untuk record perjalanan kehidupan aku. Maaf, lagi sekali, buat yang pernah terasa dengan tikaman lidah ini.

p/s II : Hari ini aku masih lagi kelam dalam agama, masih lagi terkapai-kapai mencari kebenaran. Aku masih lagi belum rasa selamat dengan pencarian aku sekarang. Redha Allah terasa seperti belum lagi dimiliki.

p/s III : Aku masih lagi ekstrem dengan politics terutama macai k.

No comments:

Post a Comment