Surat Cinta Buat Sang Pendamba Cintaku

This article is 100% written by me. Tiada edit dari artikel ini dan hanya inspired dari article itu.

Assalamualaikum,

Kehadapan pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.



To be honest, i'm honestly tak kenal siapakah bakal pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul yang saya maksudkan dalam surat yang mungkin panjang berjela ini. Dan saya tak rasa surat ini lebih kepada surat cinta, but permintaan saya bila bersama awak nanti <3 Jangan pula cakap saya ni demand sangat dan cerewet, sebab sebelum saya berkahwin dengan awak nanti, saya akan nyatakan terang-terangan bersaksikan sang bulan dan bintang yang berkelipan, ditemani sang bayu malam yang mencium pipi dan band indie cengkerik mendendangkan lagu rindu yang I memang cerewet pasal perempuan!.

Dearest my Deer... i mean, dear...

First of all, memang ambo (maksudnya saya) paling tak suka  dengan perempuan yang bajet good-good kat Facebook. Kenapa Facebook?. Kemungkinan besar, kemungkinan besar yang demo (maksudnya awak) akan dengan ambo melalui Facebook. Yah!, seperti mana demo pernah baca status ambo kat twitter yang kehidupan ambo memang dalam internet sepenuhnya. Jadi ambo predict je la. Ambo tak suka perempuan yang suka akan perhatian orang lain lebih-lebih lagi lelaki dengan update status yang berunsur caci, maki, daki, marah-marah, bajet nak bagi nasihat orang sambadi walhal sambadi tu tak wujud pun dan demo sengaja mintak perhatian orang ramai agar mendapat jumla likes banyak. Kan? ngaku je la.. Ok yang mengaku tu, sila berhenti membaca artikel ini kerana ambo dah reject demo awal-awal lagi.

Kalau boleh dan memang boleh pun, ambo tak suka sangat la demo tabarruj di Facebook. Rasa macam, demo jadikan facebook tu sebagai hall of fame pulak. Nak bertanding-tanding siapa cun siapa mantap. Cukup sekadar nak tonjolkan kecantikkan demo dan kecomelan demo pada yang halal bagi demo sudah la. Was that so hard sisshh?!

And yeah, tolong jangan gedik sangat reply komen lelaki yang gedik dengan jawapan yang gedik ok? ambo cemburu. Dan ambo memang kuat cemburu!.

My Beloved Lover after Allah dan Rasul,

Ambo tak kisah, sama ada demo nak pakai tudung atau tak. Asalkan demo tutup dan jaga aurat. Serius gua tak kisah beb. Lu nak pakai tudung saji ka, tudung periuk ka, sarung dengan guni beras ka, kuali ka, asalkan tertutup dan cukup syarat syara', sudah memadai bagi ambo. ==, dan tolong jangan berjalan dekat dengan ambo. Oh ya lagi satu! Ambo tak suka la dengan fesyen tudung pashmina atau shawl tu. Sebab bagi ambo, macam tak cukup syarat nak tutup aurat je. Better u belit kepala u dengan kain buruk. It's look more elegant doe.. ilied.

Bukan apa darling, ambo tak nak orang lain dapat tengok demo punya aurat. Kan ambo dah pesan 1 minit 3 saat yang lalu yang ambo kuat cemburu?. Mana boleh I let you to dedahkan you punya asset untuk I? Of course la cannot kan?. Plus, mendedahkan aurat is totally illegal in Islam. You Islam, kan? Memang la nama you bukan "Islam", tapi agama demo la. Bakpo la jadi lagu nim.. =='

My Superduperultraawesomness Wife

Mungkin ambo ada bagitahu pada demo semasa perkenalan kita sebelum kahwin dulu yang ambo ni anak orang susah, belajar pun tak la superb sangat comparing to yours friends yang ada buat International Baccalaureate atau A-level, B-level, C-level, D-level - Z-level kat Kolej Mara atau yang fly ke Jordan atau Mesir. Lepas SPM ambo further study ke Form 6 kat sekolah terdekat je. Result SPM ambo pun macam makruh jah. Demo faham kan? :'(

Jadi untuk menyediakan kemudahan yang memenuhi kehendak demo sepenuhnya tu mungkin tak mampu la tapi kalau setakat untuk menyediakan keperluan asas, insya Allah mampu lagi. Ambo tahu, demo ni jenis yang tak suka pada barang kemas dan tak loaded sangat. Jadi ambo percaya, yang demo tidak akan mengawal kewangan ambo sepenuhnya. Kalau setakat mintak peruntukkan untuk mengeluarkan bajet untuk beli susu anak tu, ambo mampu lagi nak sponsor. Sewa rumah, kita share ok?


Btw, kalau demo idamkan pakaian yang mahal-mahal, atau apa-apa lah yang mahal. Harap consider betul-betul dulu. Sebab ambo hanya benarkan demo berhais dihadapan ambo sahaja. Tidak bermakna demo keluar dengan keadaan yang comot. Berfesyen dalam kadar yang bersederhana sahaja. Bukankah kesederhanaan itu melambangkan keharmonian sesebuah keluarga? Kan? Tahu pun. Ni buat ana uhibbuki (maksudnya sayang awak) ya ukhti (maksudnya saudari) ni. <3 foreveralone.jpg


Bercakap soal pakaian. Maaf, mungkin ini yang paling kejam yang demo pernah baca. Saya hanya membenarkan awak bertudung labuh sahaja. Kalau bertudung untuk berfesyen yang tak sesuai dengan ketetapan syara'. Harap maaf, sebarang rayuan atau permohonan tidak akan dilayan sama sekali. Segala keputusan adalah muktamad. Surat menyurat, SMS, Fax, MMS, Twitter Mention, Facebook Pokes dll tidak akan dilayan sama sekali, duakali, tigakali dan empatkali. Limakali insya Allah. Bukan itu sahaja, sometimes kalau ambo gatal mulut, ambo nak demo berjalan dengan ambo dengan memakai niqab atau purdah. :)



Baby : Alaaa abang, kan tiada paksaan dalam beragama?
Ambo : Of course la my only zawjah (maksudnya isteri), tapi itu untuk orang bukan Islam. Mereka diberi kebebasan untuk menganuti mana-mana agama. Tiada paksaan! Tapi since demo Islam, hormatilah arahan dari Ketua Kerajaan Rumahtangga kita. :p
Baby : T_T fine awak...

Ambo ada tanya big bos ambo pasal ni, sama ada boleh atau tidak memaksa si Isteri memakai Niqab. Jawab big bos, boleh dan apa sahaja perkara yang membawa kebaikan, diarah oleh suami, Isteri wajib patuh!. Kalau si suami menyuruh si Isteri melakukan perkara yang diharakan syara', boleh mintak fasakh la sistaa..

Demo jangan fikir yang ini berat sebelah, demo tak fikir ke tanggungjawab ambo terhadap demo?. Anak perempuan demo? cucu perempuan kita? tak fikir? Sebab tu ambo nak didik demo, sebab ambo tak nak generasi kita akan datang susah nak dilentur untuk dididik kearah keagamaan jika demo tak boleh jadi contoh. Ambo tak kata ambo hebat dalam agama tapi ambo hanya perlukan sokongan demo untuk mendidik mereka. Boleh ye zawjahku?~ <3



My Only One


Ambo suka sangat kalau demo pandai menjahit dan memasak. Macam mama ambo, dia pandai menjahit. Jadi tiap-tiap tahun, dia tak perlu cari tukang jahit untuk buat baju raya dia. Jadi ambo harap, demo dapat master skill ni dari mama ambo nanti. Ambo tahu, demo dah pandai memasak. Jadi ambo tak perlu bagi pencerahan yang panjang lebar pada demo tentang ni. Cuma nak bagi tahu, kita akan makan keluar, sekali sekala je. Kalau cuaca baik, tak hujan, boleh bentangkan tikar, duk bawah pokok, kat halaman rumah kita tu?. Haaa, makan kat situ. Ok la tu~ XD

Bukan ape , ambo tak percaya sangat kat tukang masak di luar sana. Khuatir mereka menggunakan ayat atau bahan guna-guna untuk tackle ambo. Ambo pun tahu yang demo tak sanggup bermadu. Kan? Jadi, jangan izinkan ambo makan di luar, melainkan tukang masak tu si gadis anak dara umur 19 tahun dari Thailand. WOHA!



Kalau demo nak pembantu rumah, cukup sekadar membantu demo untuk menguruskan rumah dari segi kemas rumah, basuh baju, mop lantai, bilang tiang elektrik kawasan perumahan kita, jaga kucing demo, bagi anjing jiran sebelah rumah makan, itu saja. Memasak biarlah demo yang urus. Okie ? Alhamdulillah.

Ambo tahu dan demo pun tahu yang ambo tahu bahawa demo tak suka akan poligami. Demo nak hati ambo ni milik penuh oleh demo sorang. Ambo tahu demo tak tamak, tapi .. apa boleh buat kan?. Dah demo uhibbuka sangat kat ambo. :3 Tapi tolong jangan anti atau benci sangat pada poligami. Takut-takut nanti Allah akan jadikan ia sebagai dugaan bagi demo. Ambo ok je kalau ditakdirkan untuk berpoligami :3 . Cukuplah sekadar demo tak mahu, dan jangan anti. Ye?~


My Only One Beloved Lover After Allah and Rasul

Maaf sebab memaksa demo baca surat demand ambo ni yang panjang lebar. Bukan nak demand sangat tapi memang demand. As i said 6 minit 13 saat yang lampau, ambo memang cerewet tang perempuan. Jadi, kalau demo tak sanggup, jangan cari ambo. Kalau demo sanggup patuhi segala demands ambo dalam surat ni, carilah ambo cepat-cepat. Mintak izin mak demo untuk pinang ambo. Kita buat style Siti Khadijah tekel Rasulullah dulu. Kalau ambo merisik demo, banyak pulak duit ambo kena keluarkan untuk majlis tu kan? wakakakakakakakakaka!!!!

dari Aisyah yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?”. Jawab Nabi; “Suaminya”. Aku bertanya lagi; “Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?”. Jawab Nabi; “Ibunya”. (Hadis Riwayat al-Hakim dan beliau mensahihkannya dan al-Bazzar dengan sanad yang baik).

p/s : artikel ini akan update dari semasa ke semasa ikut mood aku. Wakaka!

7 comments:

  1. @Jieha Roslan :)

    ngeee.. macehh macehhh kebut.. :p

    ReplyDelete
  2. semoga kita semua dpt pasangan yang saling ingt mengingatkan tentang tuntutan agama :)

    ReplyDelete
  3. haha. best lah artikel ni. congrats to Ah'ba :)

    ReplyDelete
  4. @bella

    amin.. insya Allah... Allah akan jodohkan seseorang berdasarkan iman seseorang. Jika baik iman kita, maka baiklah pasangan kita.. bersesuaian dengan firman Allah dalam surah an-Nur ayat ke 26 yg bermaksud

    “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

    ReplyDelete
  5. @nur shaznie mardhiah

    Alhamdulillah, artikel ni pun inspired dari artikel orang lain. cume ditambah makna tersirat disebalik entri yg agak gedik ni.. hehe! btw, sy suke nama 'mardhiah'. bakal diberi buat bakal anak perempuan saya.. ops.. next entri, surat buat puteri ayahanda. :p

    ReplyDelete