Surat Buat Puteri-Puteri Ayahanda Tercinta

(anda disarankan untuk membaca artikel sebelum artikel ini sebelum meneruskan membaca artikel ini)


Assalamualaikum,

Kehadapan Puteri-Puteri ayahanda, bakal srikandi Islam masa hadapan.
Due to the activeness of your mother and I, maybe, you gonna have a lot of brothers and sisters. If that burdens you like hell, I am so sorry for it. Well, your mother and I is completely in love and 'that' is completely out of our control. Lagi pun, Mama kamu comel sangat. So, setiap hari, malam pertama lah jawabnya.

Siti Nur Ainul Mardhiah, Siti Nur Syafiqah Mardhiah, Siti Nur Sumaiyah Mardhiah, Siti Nur Adawiyah Mardhiah dan yang baru lahir, Siti Nur Lisa Surihani Mardhiah. Ayahanda menulis surat ini bukanlah untuk demand sangat dengan sepmu (maksudnya korang), cuma ingin memberitahu beberapa perkara yang abi dan umi kamu sudah bincangkan dan rangkakan untuk masa depan sepmu.

Dear My Princesses and Heroine of our kingdom.

Pada zaman abi dahulu, lelaki seusia abi memang tak boleh pakai dan langsung tak boleh dipercayai!. Abi pun!. Tanyalah umi kamu, betapa dahsyatnya zaman muda abi yang abi cerita kat umi kamu. Itu abi belum cerita lagi kat umi kamu yang abi pernah jadi playboy mase form4-5. Ha!. Tak percaya bukan?. Ok, jangan bagitahu umi pasal ni. Kalau tak abi lesing sepmu!.

Tolong, tolong, dan tolong jangan nak bermimpi untuk bersama mana-mana lelaki ajnabi. Abi tahu, sepmu tak perlu bagitahu abi. Zaman abi juga lebih kurang dengna zaman kamu. Dan disebabkan abi tahulah abi bagitahu sepmu. Untuk kebaikan seantero keluarga kita. Ikhtilat kamu harus jaga!. Abi dan umi amat menitikberatkan dan menitikringankan tentang soal ini!. Pergaulan tanpa pengawasan abi dan umi amat bahaya!. Abi sama sekali melarang kamu bergaul dengan kaum lelaki yang aptb. Kalau nak buat kerja kursus, suruh depa datang rumah. Jangan risau, abi ada sediakan cybercafe percuma kat rumah. Kalau nak buat assignment, pun datang rumah. Abi sediakan alat tulis percuma!. Kalau nak buat study group, datang rumah jugak. Abi ada sediakan perpustakaan mini yang luas dan selesa dirumah. Abi dan umi pun memang jenis minat membaca .. kot... Tak jadi masalah!. Jangan sepmu pergi rumah orang lain!, tapi biar orang lain datang rumah kita. Untuk mengelakkan jiran-jiran kita puji melambung dengan tindakan mulia kamu!. #sarcastic.

My Dear Princesses




Dari segi didikan dan pendidikan pula, abi dan umi amat menitikberatkan dan menitikringankan dalam didikan dan pendidikan agama. Zaman abi dan umi dahulu, kanak-kanak dan para remaja yang kurang didikan agama seawal usia akan menjadikan mereka  ni jenis sampah masyarakat. Serius wa cakap lu. Tak caya tanya umi kat dapur. Mungkin sepmu akan merasa pendidikan di sekolah harian biasa sehingga darjah 6. Sepmu naik je tingkatan 1, abi sumbat semua korang ke Mahaad Muhammadi Perempuan di Kelantan. Pada zaman abi muda-muda dahulu, abi nak sangat belajar di sekolah agama negeri di Kelantan. Tapi, result UPSR abi memang aptb. Jadi abi tak layak nak further study kat mana-mana sekolah agama. Ya, ya, ya. Abi tahu abi memang totally three half dulu. Dan abi tak nak puteri-puteri hasil kegiatan umi dan abi jadi macam abi dulu. Abi cuba untuk membentuk puteri-puteri abi menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Insya Allah.


Kenal tak gambar siapa tu?. Ya! Itulah salah satu calon bakal umi kamu masa abi muda-muda dahulu. Nik Nur Madiha nama diberi. Sebab tu abi taruk nama sepmu ada prefix 'Mardhiah'. Agar abi terkenang pada puteri bayangan abi ni. Wakakaka!. Tahu tak kenapa Slip SPM dia panjang lebar macam tu?. Inilah calon SPM yang paling gempak pada zaman abi. Dia dapat 20A beb masa SPM! Haa! Mungkin korang tak percaya kan?. Selepas kejayaan anak MMP ini, abi pun tak tahu la kenapa Kementerian Pendidikan Malaysia menghadkan jumlah subjek untuk SPM. Paling tinggi 11 subjek dah jadi lepas tu. Sebab tu sepmu tak percaya sebab zaman sepmu SPM sampai 11 subjek je. aptb.

Tamat sahaja SPM, abi dan umi akan hantar kamu ke UIAM atau kalau ada diantara kamu yang berpeluang ke Mesir atau Jordan, kami akan hantar kamu kesana juga. Abi dan umi tak kisah berbelanja untuk anak-anak demi pelajaran. Sebab kami tak merasa semua tu. Tak kan kami nak halang anak-anak abi dan umi yang comel-comel ni kot?. Dapat jugak kembang segala lubang pada abi dan umi ni bila kamu belajar di luar negara. Abi tak kisah, jurusan apa yang kamu nak ambil. Sebab matlamat utama kami, pada fasa ini terhadap kalian sudah tercapai. Apabila abi menyerahkan kamu pada bakal suami sepmu, abi dan umi dah terlepas dari tanggungjawab menjaga kamu. Tapi bukan bermakna abi dapat menarik lafas lega!. Tolong hasilkan ramai cucu ye? Nanti abi boleh buat surat untuk mereka pulak! woha!..

My Only 5 Princesses,

Sebelum abi dan umi kahwin, abi ada bagitahu umi yang abi sangat cerewet soal perempuan. Abi cakap dalam bentuk surat yang abi buat untuk princess-princess yang ni lah. Dan abi juga mahu puteri-puteri abi ikut umi yang ikut abi. Abi memang akan mengambil serius soal aurat dan pemakaian sepmu sekalian. Jangan nak bodek abi dengan madah pujangga kononnya dapat menggoda abi lah. Abi bekas sasterawan yang fail di sekolah menengah dahulu. Ambil subjek sastera lagi beb nak mengayat umi kamu!.

Abi faham dan umi pun faham. Umi kamu sebelum kahwin ngan abi, dia fikir rules yang abi berikan totally mengarutlah. Dan umi kamu ada cakap "hanya bidadari syurga je yang mampu ikut rules yang awak berikan tu". Jadi abi senyum je bila umi kamu cakap macam tu. Tapi last-last, umi kamu ikut juga peraturan abi. Sebab memang untuk kebaikan umi kamu. Haaa!, jadi abi dan umi nak kamu jaga aurat kamu. Abi tak suruh kamu pakai tudung, tapi abi suruh kamu jaga dan tutup aurat. Kenapa? Sepmu nak pakai apa sekali pun pakailah, asalkan tutup dan aurat terjaga. Kalau di zaman abi, tudung pashmina la, hana tajima la, shawls la, ariani la, bla-bla la.. Memang tak mematuhi syarat menutup aurat yang telah ditetapkan syara'. Jadi, kalau sepmu pakai tudung saji, dan aurat kamu terjaga, kamu lebih comei dari diorang. :) Jangan lupa, anak-anak abi yang berpurdah akan mendapat hadiah yang spesel dari umi!. haa, yang tu mintak dengan umi.

Dear Princesses,

Memandangkan abi pada zaman muda dahulu seorang yang geekz dan umi kamu boleh dikatakan geek jugak kot, kalau tak umi kamu tak reti main pesbuk. Abi akan memberi didikan yang agak geek. Dan puteri-puteri abi ni akan jadi GEEKSTER macam abi. Hahahaha! Umi kamu tak boleh nak sekat abi soal ni. :p Abi memang tidak akan sediakan tv untuk sepmu, memandangkan rancangan-rancangan dalam tv memang totally aptb dan banyak memberi implikasi yang negatif buat para penonton, jadi abi sediakan laptop atau komputer untuk kegunaan kamu. Ini kerana, abi tak mampu untuk mengawal rancangan-rancangan yang ada di dalam tv, tetapi abi mampu mengawal kegiatan kamu di komputer/laptop. Sebab, abi akan izinkan kamu untuk guna benda alah ni hanya di dalam pengawasan abi atau umi. Kalau nak layan cerita korea dengan umi pun, abi tak marah. Nak buat macam mana, memang gegirl zaman abi dulu most of them minat mat-mat jambu. ==, ape abi ni tak cukup jambu kah?.

Tv hanya ada dalam bilik umi dan abi.  Kami memang subscribe astro, sebab ada OASIS. Tapi tak tahu la kalau zaman kamu tu ada atau sudah dihapuskan channel tu. Sebab abi rasa, tiada guna lagi tv untuk kamu. Bagi abi dan umi,  ada la gunanya dan jangan ditanya!. #justkidding

My Princesses,

Sebagai akhir kata abi dalam surat yang panjang lebar dan penuh demand dan siksaan terhadap kamu, abi ingin mengingatkan kalian sekali lagi. Ini demi kebaikan kamu. Abi dan umi tahu apa yang kami rancang untuk kalian. Sebab kami dah lalui zaman akhir zaman. Walaupun zaman kamu pun zaman akhir zaman, tapi zaman kamilah zaman permulaan bagi zaman yang dikhuatiri oleh umat Islam.

Salam Sayang,
Abi dan Ubi

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

1 comment:

  1. the first paragraph.., I gave this : -_-"
    but at the same time I was like : LOL~! XD

    ReplyDelete