Mencabut Duri Dalam Daging Ukhwah



“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Assalamualaikum,

Sebelum saya mempersiapkan diri untuk menunaikan Solat Fardhu Jumaat di Masjid tadi, handphone saya didatangi oleh sekeping SMS dari sahabat saya yang dilanda masalah dalam ukhwah.

"Assalamualaikum, Hanafi. Saya nak minta nasihat boleh?"

"Nasihat?. Tentang apa?" balasku

"Tentang persahabatan.."

Lantas, dia pun menceritakan segala-galanya. Dari A sampai Z.

***********

Persahabatan. Tidak jauh bezanya dengan konsep percintaan yang tipikal bagi kita. Ianya bersifat fragile. Jika tidak digilap, ianya pasti pudar. Jika tidak diletakkan di tempat yang selamat, ia pasti dalam kondisi yang merbahaya. Jika tidak dipantau, ia pasti lesap. Begitulah persahabatan.

Seringkali kita merungut tentang masalah-masalah yang hadir dalam persahabatan, ianya kian retak. Kerana rungutan bukanlah satu solusi bagi masalah ini. Ianya pahat yang menghentak 'Persahabatan'.

Memandangkan ukhwah ini bersifat universal, di mana semua orang pasti mempunyai perkara ini, maka entri saya kali ini agak bersifat umum. 

Beberapa soalan yang perlu kita lontarkan pada diri kita sendiri ;

1. Untuk apa kita bersahabat?
2. Apakah peranan kita dalam ukhwah?
3. Bagaimana kita tangani masalah dalam ukhwah?
4. Jika ada masalah, siapa yang akan dipersalahkan?
5. Dan lain-lain soalan yang relevan

Kadang kala, kita menjadikan persahabatan ini sebagai satu jalan mudah untuk mempermudahkan urusan kita sedangkan ianya menyusahkan sahabat kita. Sikap ini lebih mementingkan diri kita sendiri dan tidak langsung memikirkan akan beban yang dipikul oleh sahabat kita. Adakah ini tujuan kita bersahabat?. Jika ya, maka tunggulah pelbagai masalah yang bakal melanda. Apabila wujud sikap ini dalam diri masing-masing, sifat mengalah pasti hilang. Oleh itu, perbetulkan kembali niat kita dalam bersahabat. Biarlah kita mempermudahkan urusan orang lain, dan jangan menyusahkan mereka walaupun semasa kita meminta pertolongan dari dia.

Memandangkan setiap di antara kita mempunyai peranan masing-masing dalam ukhwah, pasti kita merasakan ada pihak yang bersikap acuh tak acuh. Kita merasakan diri kita cukup komited dalam memperbaiki ukhwah, namun kita sering menunding jari kearah sahabat jika berlaku sebarang musibah dalam ukhwah. Adakah kita adil dalam persahabatan?.

Sikap tunding jari tidak perlu wujud dalam persahabatan. Saya suka kata-kata ni ;

"Satu jari kita tunding ke arah orang lain, 4 lagi jari menunding ke arah kita"

Ya!. Jika benar sekalipun sahabat anda buat salah, why not anda tundingkan jari pada diri sendiri?. Haaaa~ barulah 4 jari yang lain akan tertunding ke arah orang lain. Woha!.

Pastikan sifat 'mengalah' sentiasa tersemat dalam diri kalian untuk memastikan ukhwah sentiasa terjaga. Biarlah, kita terpaksa mengalah walaupun bertahun-tahun dengan karenah dia. Disebalik kesusahan yang kita lalui, pasti ada kesenangan dan kemanisan yang menanti kita kelak. Bersabarlah duhai hati. La tahzan.

<3 Sebarkan Bahagia <3

****************

Kemudian saya bertanyakan dia

"Apakah matlamat awak dalam persahabatan?"

"Kitorang dah kawan selama 5 tahun awak. Dari tingkatan 1 lagi. Takkan saya nak tinggalkan dia macam tu je?"

"Tak, saya tanya, apakah matlamat awak. Tujuan berkawan dengan dia?"

"Entah. Tiada tujuan"

"Yep, situlah punca masalahnya. Awak tidak meletakkan ukhwah korang di atas mana-mana landasan. Bayangkan kereta api bergerak di atas lebuh raya, pasti berlaku 'something wrong some where' kan?. Sebab tu kereta api cantik je jalan atas landasan dia. Oleh itu, letakkanlah ukhwah korang di atas landasan yang menuju ke destinasi yang satu. Iaitu Lillahi ta'ala. Kerana Allah Ta'ala."


p/s : Cerita diubah sedikit bagi memudahkan kalian faham apa yang saya nak sampaikan. Namun, maksudnya tetap sama. Jazakumullahu khairan ya ikhwan wa ya akhwat.

No comments:

Post a Comment