kelam

dalam keadaan kelam ni,
satu je aku boleh pujuk hati.

disaat dunia kau kelam,
andai wujud cahaya,
cahaya itulah yang paling terang dalam hidup kau.

berbanding dalam keadaan terang,
andai kata wujud cahaya yang terang,
ia tak mampu mengecilkan anak mata kau,
dan menyedari kewujudan cahaya tu sebagai satu sumber cahaya,
yang buat mata kau fokus.

umpama malam,
kau bisa lihat terangnya bintang.
walhal bintang itu turut wujud di waktu siang.
cuma mata kau dikaburkan dengan kewujudan cahaya yang lain.

langit tak selalu cerah,
mendung bukan selalu.

No comments:

Post a Comment