Politik.
Isu yang jijik untuk diperbahaskan tetapi perlu diselesaikan di Malaysia. Situasi politik di pentas tanah air hari ini amat berbeza. Perubahan paten atau corak permainan setiap parti politik Malaysia amat drastik. Sehingga mampu membuat penyokong mereka pening dan bertelagah sesama sendiri.
Pakatan Rakyat mengalami kerugian yang amat besar untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Hal ini kerana Barisan Nasional amat lemah pada waktu ini. Kerugian Pakatan Rakyat hanya kerana kesilapan mereka membentuk kesatuan tanpa mengkaji kesan yang akan datang. Kita sendiri tahu bahawa DAP membawa matlamat politik mencorakkan negara menjadi sebuah negara yang tidak bias kepada mana-mana bangsa atau agama (senang cerita, meng-Singapura-kan Malaysia), PKR yang tiada beza dengan matlamat UMNO (kerana Anwar Ibrahim juga bekas UMNO) yang hanya membina jentera politik mereka sebagai senjata untuk membalas dendam (1998 punya isu) dan PAS yang komited dengan memperjuangkan agenda meng-Islamkan Malaysia secara menyeluruh termasuk melaksanakan Perundangan Islam (Hudud, Qisas, Takzir dan Diyat, bukan hudud sahaja !)
Barisan Nasional pula menjadi bengong dengan tiba-tiba apabila timbul seketul demi seketul menteri yang benak. Kenyataan demi kenyataan yang bodoh keluar dari mulut menteri, aksi panic Dato' Sri Najib Razak apabila disoal tentang 1MDB dan lain-lain isu yang dipersoalkan Tun M dan beberapa isu yang membuatkan kesatuan ini menjadi goyang tatkala Pakatan Rakyat sedang bertikam.
Siapa yang mengalami kebengonggan yang nyata?
Rakyat.
Ya.
Kita.
Rakyat.
Ya.
Kita.
Kamu.
Aku.
Kenapa?
PRU akan datang kita nak angkat siapa duduk di singgahsana Putrajaya untuk mentadbir negara ?
Pakatan Rakyat, yang beraneka matlamat, berbeza sungguh !
Barisan Nasional, yang kuat berdusta.
Terpulang,
Kenapa?
PRU akan datang kita nak angkat siapa duduk di singgahsana Putrajaya untuk mentadbir negara ?
Pakatan Rakyat, yang beraneka matlamat, berbeza sungguh !
Barisan Nasional, yang kuat berdusta.
Terpulang,
Kertas undi kelak ditangan sendiri.
Pesan aku,
Jangan lagi diangkat si bajingan
Pesan aku,
Jangan lagi diangkat si bajingan
yang bersifat lanun
yang bersifat penyangak
Yang sanggup membincangkan kenaikan gaji mereka tatkala kita kesusahan
Yang sanggup melaksanakan cukai menyempitkan keadaan kita tatkala gaji kecil
Yang sanggup bermesyuarat untuk menaikkan kadar tol dan lain-lain perkhidmatan tatkala poket kosong.
Malaysian,
Bumi ini milik anda.
Malaysian,
Bumi ini milik anda.
No comments:
Post a Comment