Ada Apa Dengan 'Aurat'?


Assalamualaikum,

Artikel kali ni ambo masih berkaitan dengan perihal wanita. Ape dah jadi dengan diri ambo, ambo sendiri pun tak tahu. Asyik-asyik wanita.. Sikit-sikit wanita.. dua minggu lepas ambo dapat sms dari rakan ambo "wehh. apsal wall facebook ko asyik bicara soal cinta hah?! ade pape ka?" and next 3 days kawan ambo kat Key El sms "aku tengok wall facebook ko banyak pasal cinta.. ade pape ke weh?".

Bila kita berbicara sebarang perkara dalam skop remaja, topik cinta memang tak dapat dielakkan. Bahkan topik inilah yang menjadi main topik bagi sub-topik yang lain. Bila berbicara soal cinta, maka timbul pelbagai perkara dalam minda. Ok sekarang ambo dah makin merapu...

Sebelum ambo terus berceloteh dengan panjang lebar, mari kita faham dulu apa itu maksud aurat. Aurat adalah merupakan bahagian aib (kemaluan) yang perlu ditutup. Bermakna, semua manusia termasuk non-muslim ada aurat mereka. Tapi aurat dalam Islam berbeza dengan aurat mereka. Mostly mereka (non-muslim) hanya menutup bahagian kemaluan dan dikira normal jika mendedahkan bahagian yang lain. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat.

“hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..”.(Al-Nur: 31)

Jadi, since kita adalah muslim. Patuhilah peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Kalau kita tak dapat menggambarkan Islam, siapa lagi?.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar bahwa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa yang meniru suatu kaum maka dia termasuk dari mereka.” (HR. Abu Daud yang dishahihkan oleh Ibnu Hibban)

Based on hadith sahih diatas, kita dapat faham dan betul-betul faham. Jika kita meniru perbuatan orang kafir, maka kita termasuk golongan mereka. Rasulullah saw melarang kita untuk meniru sesuatu perbuatan yang menampakkan kita sebagai orang yang selain dari Islam berdasarkan hadis berkenaan. 

Bila sentuh isu aurat, perkara ini mesti sinonim bagi kaum wanita. Ambo suka dengan kata-kata ni.

"Masalah besar bagi wanita adalah Aurat. Masalah besar bagi lelaki adalah Syahwat"

Aurat, syahwat, aurat, syahwat. Perasan tak?. Kedua-dua perkara ini saling berkait rapat. Lelaki tidak akan naik nafsu syahwat jika tidak melihat aurat wanita dan wanita tidak akan mendedahkan aurat jika tidak untuk menaikkan nafsu syahwat lelaki.. Oopss..

what's up, duck?
Ramai diantara kita terlalu ikut-ikutkan kehendak nafsu. Kita sepatutnya yang tunggang nafsu. Bukannya nafsu yang tunggang kita. Nafsu dicipta bukan untuk dihapuskan, tetapi untuk dijinakkan... seperti haiwan tunggangan seperti Kuda. Jika kuda jinak dengan kita, maka kuda akan patuh dengan arahan kita. Tapi kalau kuda itu buas dengan kita, maka kuda yg akan bawa kita tak tentu hala.. sama juga dengan nafsu.. ^^, sebab ulama' mengumpamakan Nafsu sebagai Kuda Hitam yang buas.

Rasulullah s.a.w bersabda: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat: Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka seakan-akan bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (H.R. Muslim:3971)

Please do enlighten me girls. Why u should show around your aurat since Islam trying to put you all punya martabat setinggi-tingginya?. Lihatlah kaum-kaum terdahulu. Ketika mereka menolak Islam. Pada zaman jahiliyyah. Wanita dijadikan alat perjudian. Wanita dibunuh kerana dianggap sial. Islamlah yang menyelamatkan golongan Wanita. Islam mengongkong kehidupan seseorang wanita. Bila tiba masanya untuk kalian mendedahkan aurat kalian pada Si Suami, dedahkanlah. Tak yah cakap rambut la... Setiap sudut badan kalian pun halal bagi suami halal kalian untuk tengok.

Yea, yea, yea.. i know... i know... Ramai yang dapat berubah menjadi baik. Tapi hanya sedikit antara jumlah mereka yang mampu istiqamah (melalukan perkara yang baik secara berterusan). Majoriti beb yang takut tak istiqamah dalam melakukan kebaikan. Soalan sekarang ni, sudah buat atau belum?. Bila dah buat, sudah ikhtiar untuk istiqamah atau tidak?. Kalau dah buat tapi tak istiqamah, ada cari dan fikir usaha untuk kembali istiqamah atau tidak?. 


Wanita itu rahsia, Biarlah ia terus rahsia selagi belum bertemu dengan orang yang berhak ke atasnya. Janganlah cuba mendedahkan rahsianya, kerana mereka sememangnya rahsia dan sangat indah jika terus dalam keadaan rahsia.
Ingat!. Memanglah orang yang menutup aurat tak kesemuanya baik. Tapi, orang yang baik sudah semestinya dari kalangan orang-orang yang menjaga aurat. Jangan fikir anda seorang yang baik enough kalau tak tutup aurat. Auratlah merupakan 'first impression' seseorang pada kita. Wallahu'alam.

p/s : Insya Allah, lepas ni ambo akan tulis jawapan pada persoalan yang mungkin timbul di minda anda berkaitan dengan "ohh, kalau mcm tu best la lelaki. aurat mereka sikit jeahh.. lelaki mmg senang la cakap.. bla2~~"

Buat kalian muslimat yang bertudung, adakah tudung, tudung labuh atau niqab (purdah) mengongkong hidup anda?. Bagi pendapat sikit kot ruangan komen kat bawah ni. Berkongsi pendapat. Mungkin ada diatara mereka yang tidak bertudung dan secara tak langsung setelah membaca pendapat anda akan menyebabkan minda mereka terbuka?. Insya Allah.

1 comment:

  1. Alhamdulillah , perkongsian yang hebat ;)

    Jujur lah saya cakap , bertudung labuh , berpurdah memang best :') Rasa lebih dihargai . Lelaki tak kan cuba nak mendekati . Mungkin mereka takut , tapi itulah hakikatnya . Mereka lebih takut mendekati yang bertudung labuh dari yang seksi seksa meksa . Alhamdulillah , jauh dari fitnah .

    Lagipun itu yang terbaik :) sebab aurat wanita hanya untuk yang halal baginya , lelaki yang bergelar suami .

    "kerana dirimu begitu berharga" ;)

    ReplyDelete